Saturday, September 26, 2015

Buat Keputusan: Bahasa Apa Untuk Diajar Kepada Anak-Anak

Bismillahirrahmaanirrahiim

Ilmu asas parenting, sejak anak dalam kandungan, kita dah start fikir, nak anak bercakap guna bahasa apa ye? Mother tongue ke? Atau English as 2nd language and Mandarin as 3rd language?

Yes, its all up to you mom! Dont worry, your kid's brain can afford them. Hasil pembacaan saya, anak usia 0-5 tahun mampu belajar sehingga 7 bahasa. Nah, multilingual tu. Apapun, terpulanglah pada ibu bapa bagaimana nak mencorak anak-anak. Yang penting, betulkan niat. Nak anak pandai banyak bahasa ni, kenapa? Jauhi niat2 buruk seperti nak menunjuk pada orang, nak riak anak saya paling bijak, atau sebagainya. Betulkan balik niat kita. Matlamat jangan lari daripada mencapai mardhatiLlah (keredhaan Allah). Contohnya kita betulkan niat, nak anak belajar banyak bahasa supaya nanti mudah dia berdakwah pada bangsa lain. Masya Allah, indahnya niat tersebut. Sama la juga nk anak kuasai English, sebab kebanyakan buku cendiakawan banyak ditulis dalam bahasa Inggeris, jadi ibu merasakan amat penting jika anak dapat kuasai bahasa Inggeris. InsyaAllah, Allah akan tolong sesiapa yg berniat baik.

Jika datang riak dan angkuh, cepat-cepatlah istighfar.

Disclaimer: Penulis bukanlah pakar dalam bidang sociology, language, education atau early childhood. Penulis bekerja di bidang pendidikan awal kanak-kanak, masih lagi dalam proses belajar dan mempraktiskan kepada anak-anak sendiri. Penulisan di atas ialah hasil pembacaan dan latihan-latihan yang dihadiri penulis. Jika ada kesilapan, penulis mengalu-alukan pembetulan dan perbincangan.

Saturday, September 19, 2015

2 Tahun: Belajar Bentuk

Bismillahirrahmaanirrahiim

Bermula 0 -4 tahun, 80% keupayaan otak ialah pada usia ini. Jadi, amat rugi jika kita tidak mengambil peluang ini untuk mengajar anak-anak apa yang sepatutnya mereka perlu tahu.

2 tahun

Antara ilmu yang boleh diajar pada usia ini ialah BENTUK.


Antara mainan yang boleh mengajar anak-anak "bentuk" di samping menggalakkan latihan motor halus jari tangan.


Ini salah satu hadiah yang Humairaa dapat ketika umur 1 tahun. Ummi (mak cik) dia hadiahkan. Masa usia 1 tahun, Humairaa belum cukup pandai. Asyik mama kene bantu. Tapi sekarang dh terer, sambil masukkan blocks, dia akan sebut shape tersebut.

 

Selain daripada mainan yang dibeli, sebenarnya banyak lagi idea-idea berkenaan shapes teaching ni yang ibu-ibu boleh buat sendiri yang lebih menjimatkan.

Antara idea-idea lain. Ni saya dapat daripada blog-blog lain.